Daisypath Anniversary tickers

kami

 fathi....azrul...umairah


acu _ abang _ kakak

Merah Itu Warna CINTA....

Kehidupan manusia dilingkari dengan pelbagai warna atau rona. Warna ialah bahasa perasaan, bahasa jiwa.Warna dari sudut positif berupaya memotivasikan manusia, mencipta emosi, memaparkan personaliti, mewujudkan mood dan keharmonian, mempengaruhi kesihatan, menyenangkan mata, menjimatkan tenaga dan sebagainya. Sebaliknya dari sudut negatif, warna berupaya menganggu fikiran, mengubah tindakan yang menyebabkan manusia bertindak secara tidak rasional, menyakitkan mata, meningkatkan tekanan darah, menghilangkan selera makan, menyumbang pada pencemaran global dan sebagainya.


Merah dikatakan warna CINTA yang sejagat yang dilambangkan oleh ros merah dan imej hati. Ahli psikologi warna berpendapat bahawa merah ialah warna api dan darah, yang dikaitkan dengan tenaga, peperangan, bahaya,kekuatan, kuasa, ghairah, kehendak, semangat dan CINTA.
Sama ada merah ialah warna CINTA ataupun sebaliknya, pengertian cinta itu perlu dirasai, dialami serta dimengerti terlebih dahulu.

Helen Fisher, pakar psikologi di Universiti  Rutgers, AS, membuktikan bahawa warna merah boleh dikaitkan dengan CINTA. Merah dilambangkan sebagai tenaga, peperangan, bahaya, kekuatan, kuasa, ghairah, kehendak, dan semangat. Bukankah manusia memerlukan tenaga untuk menggerakkan CINTA dalam jiwa? Bukankah manusia juga memerlukan CINTA sebagai tenaga dan semangat dalam jiwa? Manusia sanggup berperang, berperang dalam minda dan jiwa demi CINTA, sanggup berdepan dengan bahaya untuk mencinta dan dicintai.

Sumber :
Dewan Kosmik