Daisypath Anniversary tickers

Mencari ATAU Menjadi ?

"Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya", kata seorang mahasiswi.
“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak mem-Fatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?
Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?
Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.
Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?
Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!
Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda men-CARI si Soleh, tetapi berusahalah men-JADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat men-CARI yang solehah, tetapi berusahalah men-JADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

4 Ramadhan 1432H = Hari Ke 4 Berpuasa.. =)

Assalam..
Alhamdulillah hari ini sudah 4 Ramadhan 1432H iaitu harike 4 umat Islam berpuasa..Syukur aku masih diberi kesempatan dariNya untuk merasai nikmat berpuasa...Kat sini aku nak berkongsi menu-menu berbuka puasa selama 4 hari berpuasa ni..

Menu Berbuka Puasa Ramadhan :

  • 1 Ramadhan : Mee Goreng + Puding Jagung* + Air Cincau*
  • 2 Ramadhan : Nasi Minyak + Pajeri Terung + Acar* + Popia* + Kuih Cara + Air Cendol*
  • 3 Ramadhan : Nasi Putih + Ikan Masak Taucu + Kentang Goreng Berlada* + Kuih Lopes* + Puding Roti* + Air Jagung*
  • 4 Ramadhan : Nasi Putih + Ikan Patin Goreng + Tomyam* + Telur Dadar + Donut* + Air Cincau*

* Menu yang aku masak dan buat sendiri ye...hehee mood tengah rajin memasak..=)

S@l@m R@m@dh@n 1432H...

Assalam semua..
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak..
Selamat berpuase..jgn ponteng puase ye..
Semoga bulan Ramadhan tahun ni memberi pengertian yang besar dalam hidupku..
Moga semuanya dipermudahkanNya...amin..

:: Selamat Menjalani Ibadah Puasa ::


SuK@Suki...

Hurmm...agak lame tak update blog ni..kerana lappy kesayanganku rosak.. ;(
Harini nak share hasil kerja tanganku..
Mood rajin yang tetiba menjelma..
Taa....daaaaa...inilah hasilnye..

Sarung bantal bucuk untuk Kakak dan Adik..

Ni pula beg..so simple..

Yang ni pun beg..(Haha dr seluar jean lame ni..)

Pencil case..

Walaupun simple..walaupun tak berapa ok..tapi aku tetap suka..hihik
Sebab aku buat sendiri..lalalalalala....


:: Tetibe aje rajin menjahit..TQ my new friend (M)..::


C0usiN's E-day..

Tarikh : 26.06.2011
Lokasi : Kuantan, Pahang.

Hantaran pihak perempuan.



Hantaran pihak lelaki.

KEBESARANMU



Kau tempatku mengadu hati
Pemberi segala hidup
Dunia dan seisinya milik-Mu
Mencintai-Mu sejati
Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan-Mu
Lihat di langit kesempurnaan hadir-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup
Allahu Akbar Maha besar
Memuja-Mu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
Kebesaran-Mu TuhanKebesaran-Mu Tuhan
~ST12~
: : MeRindUi CiNt@ H@kiKi ::

Makna CINTA, KASIH, SAYANG & HATI..



CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I  = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara , nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY,mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI:
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I  = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

tetapi yg seharusnya ialah...
C = Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
 I = Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N = Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T = Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A = Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K = Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A = Akad dilafaz cinta berbunga
S = Suami disanjung-tinggi
 I = Isteri disayangi
H = Harumlah kasih sepanjang zaman

S = Sayangkan Isteri kasihkan suami
A = Ada masalah, dibincangkan bersama
Y = Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A = Amalkan hidup bertoleransi
N = Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G = Gaduh sesekali tu perkara biasa

H = Hati suami mesti dijaga
A = Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T = Tanggung-jawab dipikul bersama
I = Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Tupperware's Recognition Rally

Hurmmm...bln ni asik berjalan je kejenya ak ni...
Semalam p event Tupperware..menemani sepupuku..
Bas disponser cume bayar duit tiket event je RM 10..
Kompomlah aku pegi..hehee

Seawal jam 5.00 pagi ak dah bangun..siapkan breakfast n mandi n bersiap2..
Kul 6.00 pagi g amik sepupu n terus ke umah sepupu yang sowang lagi...
Then, pukul 6.30 pagi bertolak ke Kuantan..( bkn ak yg drive..ade driver anto..hehee )
Sampai je kat sane dah ade 4 buah bas yang menunggu..
7.45 pagi bertolak ke PJ..sampai dalam kul 12 tengah hari..

Event yang meriah...gamat suasana dengan bunyi muzik yang kuat..
Juga disertai persembahan tarian dan cheerleading... ( student skolah mane ntah )
Event tamat kul 6.00 ptg..sampai umah da kul 12. 30 mlm..

Penatnye badan usah cakaplah..sakit pinggang n punggung..duduk lame sangat...
Papepun berbaloi la juga dpt door's gift...
Xde la balik tangan kosong kn..kn..kn..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Event : Tupperware's Recognition Rally
Lokasi : One World Hotel, Bandar Utama, PJ

Sempat tersenyum walaupun candid camera...ngeh2

 
With my cousins..

Meriah sungguh dengan cahaya lampu yang cantik..


Door gift yang diberi kepada semua tetamu event..


:: Tupperware Ooooo Tupperware ::

PiZz@ TiMe...


Minggu ni mood nk memasak je...
Bior pun ak x pandai sangat memasak..heheee
Hari ni buat pizza...nk makan Pizza Hut xleh..
So buat le pizza sendiri...Home made pizza...

:: Home Made Pizza...Yum2 Sedaaaap!! ::




Kek CokL@T T@Np@ TeLuR

Hari ni tetibe je teringin nk makan kek coklat...
Huhuu...my favourite cake..
Tapi kn ke ngah pantang...pantang MAKAN...
Hehee..Pantang takleh makan telur le...
So kek yg dibuat seharusnya tidak menggunakan telur lah...
1st time buat kek ni...
Alhamdulillah jadi...best plak 2..hihii

Ini resepinya :


KeK CoKl@T TaNp@ TeLuR

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 cawan serbuk koko hitam*
  • 1 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 3/4 cawan air kopi panas
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam.Pastikan air kopi betul2 panas.
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2). 
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. 
:: ChOcL@Te CaKe @DdIcTeD ::
 

KoNgSi @ KP @ MeGa @ T.C

Hai...
Urmmm...da lame tak update blog ni..
Moodku agak M.A.L.A.S. untuk menulis blog...hehee
Last week pergi menontong wayang bersama Cik Nurul..
Layan cite KONGSI..
Syok...kelakar giler!! Nak pecah perut gelak melihat aksi2 TUMULAK..
Pas abis cite pi jenjalan kt Kuantan Parade...cuci mate..
Then pi plak Berjaya Megamall...cuci mate lagi...hihii
Dah puas cuci mate kt shopping kompleks pi pulak Teluk Chempedak..
Ni baru betul2 cuci mate...keh3
Walaupun hampir2 dikejar oleh makhluk bernama MONKEY..
Thanks Cik Nurul...its a happy happy day...


With Cik Nurul..

Ala2 model..@ TC  (^_^)


:: Happy Happy Day ::

Yeah!!! Akhirnya....

Yeah!!!!Yeah!!! Yeah!!!
Hahaha...Akhirnya...Akhirnya..Akhirnya...
Akhirnya berjaya juga aku drive di dalam bandar Kuantan...
Macam tak percaye jek...hahaaa (sbb ak ni penakut)
Anyway, thanks a lot 2 my cousin, K.Iza n K.Na..
Thanks 4 your support...mekacih ye percaye kat sy drive..
I'm so happy..

:: Drive kt bandar Pekan x lepas2 lg bleh plak aku drive kt bandar Kuantan..hehehe ::

Tupperware!!!!



Nape tupperware dijadikan tjk entry kali ni ye??
Nape2..cecite2...hehee

Actually hr ni ak join sepupu aku p event tupperware..
Training ape ntah tajuknye...x ingat da...
Kami diajar cara untuk mempromote produk water filter tupperware..
Tak sangka banyak pengetahuan aku dapat hr ni..
Dan aku jg dpt rewind balik apa yg aku study dulu..
Its all about water treatment...
Berbaloi jg aku join...hehee

:: Papepun hr ni mmg best!!!
Lalalalalalalalalalalalalalala......::


My LUNCH menu...

My LUNCH menu for today...

Ni lah menu aku...
Kebab Vege  with fish finger n fun fries...
Nak makan nasi x selera..
Ni jelah yang aku bleh makan...
Maklumlah ngah berpantang..bukan pantang mcm owg bersalin 2 ekkk..
Kena berpantang makan supaya cepat sembuh selepas aku operate ari 2..
Mcm2 teringin nk makan...
Tapi kena tahan nafsu makan...( tp bdn beso gak )
Heheee...

:: Makan kena on time...::


Bile Nak Kerja NI???

Bila fikir sal kerja je serabut kepala otak aku ni...
Tension tol..
Bila la aku nak keje ekkk...
BILA ?
BILA ?
BILA ?
Da lama tanam anggur ni...x berbuah pon...hehee
Money pun da xde nih...
Money oh money...where r u ???
Ermmmm...InsyaAllah aku akan keje nanti..
Tunggu aku betul2 sihat dulu...
Dan minta2 lah rezeki aku dimurahkan Allah..Amin...

:: Mahu kerja ape ye ??? ::


Kenapa???

Kenapa???
Kenapa bila diperlukan dia tiada...
Kenapa tiba2 muncul lagi..
Hurmmm...ingatkan cuma bermimpi...
Rupa2nya bila bangun keesokkan harinya ia adalah realiti...
Apakah makna semua ni????


:: Anggap semuanya MIMPI ajelah... ::

Menaruh Harapan

Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui

Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh
 
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu.. 

 
 :: Ku yakin rahmat buatku di hadapan menunggu.. ::

KESEMPURNAAN

Dalam mencari pasangan hidup, kita jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN kerana ianye adalah MUSTAHIL !!!

Setiap manusia dilahirkan dengan 1001 kelemahan. Kerana itulah mereka dicipta berpasang2ngan… Supaya mereka boleh melengkapi antara satu sama lain…

Ingat!! KESEMPURNAAN tidak menjanjikan bahagia… Tapi, komunikasi berpanjangan,
sikap toleransi, kesabaran dan sanggup menerima kelemahan pasangan seadanye adalah antara
asas untuk BAHAGIA… Dan lagi satu, yang mengikat semua asas2 ini menjadi satu adalah
CINTA dan KASIH SAYANG( ^____^ )


:: CINTA tak pernah kejam dengan ‘sesiapa’, tapi kita yang kejam kerana menjadikan CINTA itu KEJAM pada ‘sesiapa’…::